Kawalan khalayak Tunjuk perasaan

Tunjuk perasaan jika tidak dikawal dengan baik kadangkalanya cenderung menyebabkan perosakan harta benda akibat perasaan atau semangat terlalu kuat para penunjuk rasa. Sekiranya keadaan menggenting ini menjadi semakin gawat, maka pihak polis atau pasukan tentera yang memerhati akan mengamankan keadaan menggunakan pendekatan tidak membahayakan (non-lethal force) sama ada menggunakan alat melemahkan deria (seperti gas pemedih mata atau penyembur lada) ataupun senjata yang melumpuhkan seketika (misalnya peluru getah atau alat perenjat.)